2009

tahun untuk aku mengambil risiko...

tahun untuk melihat dan tinggal di rumah sendiri...

tahun mungkin bajet kami ada kekangan...

tahun untuk melangkah ke fasa baru...

tahun untuk menguji keupayaan diri...

tahun untuk aku hidup dengan ceritaku sendiri.

selamat hari jadi ibu

hari jadi mama sudah lepas... satu disember..


tapi aku ucap selamat masa dua disember... mama bapa sedang menunaikan haji di mekah..

kelmarin khamis aku ada menelefon mama..lepas tu mama suruh aku belikan petisejuk ganti yang rosak dirumah kerana susah tidak dapat letak makanan dan minum sejuk sebab tu peti sejuk rosak. aku cuma tersenyum dan berpendapat bahawa peti ais yang rosak itu diperbaiki kerana masih dalam waranti..tapi mama masa sama bapa macam menyuruh membeli yang baru ... lalu aku cakap ok sajalah...tapi dalam kepala aku...kasik repair saja tu petisejuk yang rusak.. kerana idea membeli baru ini datangnya dari mak aku...

sekali hari ni mama aku suruh baiki saja...pukul 9 pagi waktu mekah mama menelefon..mungkin mak aku ingat aku akan terus2 beli tu peti sejuk hehehe... tapi dalam fikiranku tidak terniat pun mau mencari peti sejuk yang baru...

lepas nih nak mintak tulung tua unos hantar peti sejuk ke Giant papar untuk diperbaiki...

untuk adek juga... selamat belated birthday 18 Nov....26 Okt

Maksud Falasi dan Klise

"Ada satu kes pernah berlaku bila dalam inseklopedia orang putih..bila dicari makna melayu maka ertinya pemalas… maka masa itu kebanyakan pemimpin negara menegur dan memperbetulkan maksud yang salah itu termasuk DBP… jika mereka  menganggap kenyataan itu umum kerana ada juga melayu yang rajin maka sampai sekarang maksud melayu di mata dunia adalah pemalas."

ini jawaban adek aku atas tulisan aku... ayat power giler...

Hehe, aku sudah baca blog abang aku yang menyentuh mengenai pengertian DBP bahawa Melayu bererti Malas. Sekiranya diambil secara umum, maka betullah orang Melayu itu malas.

Sebenarnya aku memang tidak setuju untuk mengatakan Melayu Malas. Ini merupakan tanggapan umum dan ia merupakan falasi yang sudah klise. Falasi bermaksud kesalahan dan klise lebih kurang konu atau jumud dan berulang-ulang. Maksudnya, adalah tidak logik dan diterima akal jika kita masih menggunakan tanggapan umum ini sebagai sandaran.

Kita juga tidak boleh terpengaruh terhadap falasi genetik. Falasi Genetik merupakan kesalahan yang kerap dilakukan dengan mengambil kira asal-usul terhadap sesuatu perkara walaupun telah beratus tahun telah berlalu. Ini termasuklah dalam bab perkataan. Secara kasarnya, Bahasa melayu juga sedikit terpengaruh dengan bahasa sanskrit dan hindu.

Sebagai contoh, perkataan sembahyang dalam behasa hindu bermaksud "menyembah dewa hindu". Jika kita masih terpengaruh dengan bahasa yang konu dan yang sudah lapuk, maka perkataan sembahyang juga akan diharamkan dan tidak boleh digunakan.

Sebab itulah aku kata, kita jangan bersandar terhadap tanggapan umum yang sekadar merupakan falasi yang sudah klise. Orang menyebutnya kerana tidak mahu membuang masa panjang lebar menerangkan sesuatu perkara. Jadi terpulang kepada kita untuk menilai secara bijak. Lagi satu, orang Melayu tidak malas!!. Ramai orang Melayu yang berjaya!!.