Posts

Showing posts from 2008

selamat hari jadi ibu

hari jadi mama sudah lepas... satu disember.. tapi aku ucap selamat masa dua disember... mama bapa sedang menunaikan haji di mekah.. kelmarin khamis aku ada menelefon mama..lepas tu mama suruh aku belikan petisejuk ganti yang rosak dirumah kerana susah tidak dapat letak makanan dan minum sejuk sebab tu peti sejuk rosak. aku cuma tersenyum dan berpendapat bahawa peti ais yang rosak itu diperbaiki kerana masih dalam waranti..tapi mama masa sama bapa macam menyuruh membeli yang baru ... lalu aku cakap ok sajalah...tapi dalam kepala aku...kasik repair saja tu petisejuk yang rusak.. kerana idea membeli baru ini datangnya dari mak aku... sekali hari ni mama aku suruh baiki saja...pukul 9 pagi waktu mekah mama menelefon..mungkin mak aku ingat aku akan terus2 beli tu peti sejuk hehehe... tapi dalam fikiranku tidak terniat pun mau mencari peti sejuk yang baru... lepas nih nak mintak tulung tua unos hantar peti sejuk ke Giant papar untuk diperbaiki... untuk adek juga... selamat belated birthday

Habis cuti

minggu ni banyak idea.. cuma malas menulis. cuti ku habiskan menemani isteri dan sepupunya belajar di perpustakaan. tidak ku sangka membahagi nombor amat menyusahkan. susah aku menerangkan mengajar budak membahagi. sekiranya dia masih ada masalah dalam bahagi.. maka habislaa matematiknya masa upsr tahun depan nih.. hancur! ku habiskan cuti masa kenduri di kampung. aku mengambil risiko kerana sudah tidak larat untuk bekerja besok paginya. terbangun malam ada pulak yang pigi mandi... rupanya baju dan seluar sudah basah..habislah sofa di kampung. di jaga di kawal supaya tiada siapa yang perasan. tetapi malangnya kerana aku sudah tahu dari awal. angkara siapa tengah malam. berusaha menutup salahnya terkencing malam. adek ku pula anti kerajaan. di matanya di persepsinya kerajaan negatif semuanya. kerana dia menolak tuahnya. kebanyakan saudaranya, sepupunya dan keluarganya yang lain adalah kakitangan kerajaan. dia tidak pernah merasa kerja di kerajaan. berdepan dengan karenah boss dan peratu

PHP

( personal homepage ) ataupun hypertext Prepocessor. minggu lepas hari isnin sampai selasa ada kursus public speaking. aku yang tak pandai bercakap nih cuba try test laa mengikuti kursus nih... rupanya adalah satu fakta perkara yang paling menakutkan adalah bercakap didepan orang ramai. ialah..bila didepan orang ramai, bila semua mata memerhati dan menunggu apa yang ingin kita sampaikan teruslah rasa gemuruh berpeluh berdebar2 dan semua perkara yang tidk diperasan kita lakukan termasuk mengoyakkan kertas ucapan sekecil tapak tangan hingga menjadi cebisan2 kecil dan dia tidak perasan pun koykkan kertas tersebut...so dihabis ucapan..itu kertas sudah tiada... so disana kami diajar macamana mau tarik perhatian orang ramai. .. walaupun si anu itu pandai berucap maka kita tak perlu menjadi dia... kita hanya perlu menjadi kita kerana ucapan ialah keluar dari hati..itulah ucapan yang sebenarnya.. kursus php secara tiba2 hari rabu sampai jumaat..oklaa sebab makanan sedap kecuali hari jumaat ada

seminar IT

bulan ni sempena bulan it banyak betul seminar dan kursus... seminar di magelan aku dapat stereo pc headset LG..no 168 bawa tuah untuk aku...kira first time dapat cabutan bertuah... selalu tak penah dapat pon.. seminar di le meridien : aku pigi jumpa doktor pakar... sehari dari awal pagi sampai jam 3... bahagian cardiology sama endokrin... ada kureng sikit berat badan aku...so aku akan berusaha mengekalkan diet dan senaman ringan... sekali buat ecg aku punya jantung masih lemahlaa.. still 26%.. peningkatan 3% dari 2006 masa aku tidak boleh jalan, sesak nafas dan hampir2 tiada nafas... masa jumpa dr pakar jantung, tidak gitu friendly...dia cakap sikit saja...lepas tuh aku nampak lady doctor yang ku pernah jumpa di bahagian endokrin bulan sepuluh yang lalu...dia ada suruh aku makan ubat hormon and very2 tidak friendly...just tinguk kertas and cakap suruh turunkan berat... rupanya di dah rotate pigi cardio la pulak...aku rasa dia tak kenal aku kot...sebab kan banyak orang yng dijumpa seti

cuci

hari jumaat malamnya aku dan isteri melihat drama korea full house... hairan macamana dalam pergaduhan boleh timbul rasa sayang... tapi mungkin dalam drama saja laa...kalau real life habis bercerai berai...tinguk saja golongan artis malaysia...asyik nak bercerai... drama memang best.. tapi hari sabtu tuh aku langsung saja duduk dirumah tulung mengemas rumah sikit2 sebab wife pigi sekolah tanda laporan pelajar bersama ibu bapa..malas nak masak so kiter online order pizza... senang..selalunya kalau kami berdua mungkin kami malas mau makan tapi ada adek dia datang mau cuci baju. aalaa adek dia c bibi masuk smesh tapi bestlaa makbapak dia siap cuci and streka lagi pakaian untuk dia, tapi minggu nih mungkin mama wife aku malas mau datang...atau si bibi nih ambil kesempatan nak online kat rumah kan ker boring tinggal diasrama kalau hujung minggu hhehe oh yaa..dorang smesh ada malam setia budi... masa hantar adek dia tuh..banyak group2 yang buat persiapan mau buat lakonan mungkin...alaalaa te

Kenduri kesyukuran

pagi 12:16 "mataku belum mengantuk lagi, bawa kemana saja ku pergi" tadi sabtu sebelumnya kami bertolak ke servay putatan untuk membeli air mineral pukul 10.30 am. malam sebelumnya hari jumaat tu aku hantar wife aku pi dinner sekolah dia di shangrila. maka aku secara otomatis pigi parking bawah GSC mau tinguk wayang bangkok dangerus. walaupun terlewat beberapa minit tapi aku dengan selambanya beli tiket dengan popcorn tanpa tergesa2 kerana aku tau tak banyak orang yang tinguk masa nih. sebab aku dah tinguk seat yang dah kena beli. jadi aku pilih yang paling depan dan duduk atas. ada privacy... ceritanya bagi aku memanglaa macam kureng sikit tapi bestlaa...tapi tak puas hati dengan ending yang sebegitu...so dalam filem nih semua perasaan aku ada... syok, tak best, boring, mendebarkan...tapi filem nih tak setanding dengan national treasure laa..kalau bukan nicholas cage mungkin aku tak nak tinguk filem nih... lepas tuh aku tepon wife, majlis belum habis... maka aku beli laa rot

OKtober 2008

seingat aku... blog nih tempat aku meluahkan segala ketidakpuasan yang tidak dapat aku luahkan dalam dunia sebenar. kira macam mengeluhlah... banyak berlaku sepanjang tidak menulis... adek bungsu aku pigi KL masa mak bapak aku mau naik haji pi mekah... sengaja tidak mau tunggu... sedih aku!! pasal pencen bapa aku yang tidak diurus dengan baik oleh jabatan kastam bahagian pencen. mereka tidak mengambil kira kesusahan kakitangan awam yang pencen tidak menerima gaji setelah bersara.. dengan selamba tidak menghantar borang yang telah diisi oleh bapa aku bulan april 2007..2007 tahun lepas...tapi bila kami pi JPA bahagian pencen itu borang dihantar bulan julai 2008... itu pegawai pencen cakap paling kurang hantarr borang mesti 6 bulan sebelum pencen.. dan ini menyebabkan graduiti pencen bapa aku lambat keluar... dan ini tentulah meyulitkan keadaan... kami bukan ada tanah boleh jual setengah juta macam orang sebelah...pelaburan banyak dalam mirza yang disebelah lagi sampai beli 3 kereta, reno

Klinik ENT

hari khamis 31 julai aku p klinik ENT. konon mau buang tonsil sebab masalah pernafasan aku sebab bila obes ada sekatan di kerongkong menyebabkan oksigen kurang masuk keotak menyebabkan kurang tidur berkualiti dan jantung terpaksa pam lebih kuat dan mungkin boleh berhenti nanti suatu masa jika aku tidak jaga berat badan aku. tengahari tuh keluarga aku datang muis sebab bahagian pencen quiry sijil nikah bapa aku sebab beza dengan nama ic, ag dengan awang..dalam sijil nikah tidak ditulis ic cuma nama sahaja tapi dia tulis awang. sebab tu kena quiry dan bapa terpaksa urus untuk surat sumpah. rupanya surat sumpah tu bukan nnya murah... tujuh puluh ringgit beb! dua salinan kena 120..ada diskaun pula... fuh..lecehlah pulak.. yang salahnya itu imam yang tulis sama prosedur surat nikah yang tidak standard menyebabkan masalah dimasa hadapan. hari jumaat ni..dapat laa merasa martabak cream cracker..tak sangka roti cracker hap seng boleh jadik macam martabak.. aku yang paling banyak makan sampai a

hari keluarga smk kolombong

Image
hmmm pagi tadi di paksa pigi beach tg aru. memula beach 2 tapi ada shell lalulintas.. indapasal pasal jem. rupanya pindah p beach 1... pigi saja sana time makan2... acara tadi pagi sudah jalan...pukul 8..kami sampai 9.30... sampai tghari beli jagung sama air kelapa.. ais banyak.. air kelapa jadik sikit... pigi lokawi rumah mertua... gosip pasal orang kaya...tapi kasi miskin adek beradik... kaya bila kaya...lupa sedara... mampu beli ninja..merungut minyak mahal...budus..dah tahu keta besar, mmg lah minyak pun besar....kata mampu.. tapi pecat sedara bila minta claim minyak.. apa punya company kontraktor dia nih... bila jumpa kiter, citer dia kaya melampau tapi bila minta duit kenduri arwah.. berkira bukan main...bagi cuma ngam ngam...

Training the trainer

Image
Menara MAA pejabat MPC aku dan lima org dari teman sekerja ikut kursus trainers. memula tu memng nervous sebab kena present kat depan walaupun cuma 7 peserta tapi rasa gemuruh tetap ada. sampai sekarang... yang bagusnya kursus nih dia terangkan macammana buat persiapan untuk training orang, objektif, checklist atract peserta, cara cara penyediaan dan metodologi dalam presentation. bagus juga untuk demo sistem aku nanti... kami punya lecturer dari luar.. orang serawak..friendly and funny.. mr campbell apau... he show to us how to be a good trainer. banyak yang saya belajar dari beliau walaupun cuma 2 hari. rasa bersyukur kerana berpeluang mengikuti kursus nih..lain kali kalau ada peluang mau ikut lagi. tak salah kalau nak memperkembangkan diri sendiri. mencari menjadi yang terbaik...

Julai 16

genap sebulan tiada post dalam blog... besok aku da kursus train the trainers...bulan lepas banyak yang berlaku, aku jumpa klinik diabetis, ENT dan klinik mata gara2 diabetic. arggghhh aku ada ikut seminar optical security daripada multibase company di dewan persekutuan. apalagi aaahh...tidak ingat sudah... biarlah! sekarang aku mau baca novel balik. novel melayu...tak kisahlaa orang nak cakap apapun tapi membaca bagi aku sekarang dapat melegakan mata dan fikiran aku daripada bedepan dngan pc dan sistem masa kerja. rasa mata nih macam terketar2 tinguk screen komputer... bagi aku novel melayu msih mahal..kan bagus kalau dorang buat novel guna kertas recyle mcm omputih...kemudian juallah murah(kalau jual mahal tak mau belilah heheh) mest banyak yang mau beli novel.. aku tergerak mau baca novel melayu kerana ombak rindu.. buku ombak rindu karya fauziah ashari memang best.. bini aku yang mulanya nak baca... aku pun tumpang sekaki sebab tinguk kekhyusukan bini aku baca sampai pagi. seolah t

minggu lalu

ingin aku berkongsi pengalaman semasa di jakarta... buat masa ini, minggu lepas rasa ingin menulis langsung saja hilang atas apa yang berlaku semasa di jakarta. aku terpaksa menyesuaikan diri serta memujuk hati untuk melihat apa yang telah berlaku ada hikmah disebaliknya. aku mengetahui betapa penting adanya hitam putih jika melibatkan pengurusan wang. betapa pentingnya pengurusan yang cekap dan tidak akan mempengaruhi kelancaran sebuah program yang dilancarkan. aku tidak bercakap mengenai boss yang berada di kerajaan. mereka mempunyai pekerja yang dibayar gaji(SYMP) dan peruntukan yang mencukupi untuk menjalankan sesebuah majlis. tiada kekangan kewangan di sini. sesuatu program yang terhad kewangan barulah merupakan cabaran untuk ketua projek. dan dengan langkah kerajaan sekarang mengurangkan kos perbelanjaan makanya sebuah majlis perlu diisi pengertiannya dengan kos yang minimum.kredit sepatutnya diberikan kepada anak buah..bukan sekadar ketua saja yang gah namanya. aduss.. kenapa ak

Duit Lawan Rasa

hmmm.. jangan harap aku nak sambung citer yang medley tu... kalau aku sambung juga akan ada pelbagai 1000 kemungkinan yang akan terjadi tetapi apa yang telah berlalu tidak mungkin akan berulang. yang aku ada hanya hari ini. saat dan ketika ini.. yang dah lepas jadi sejarah. dan masa hadapan ketentuan tuhan ... aku dengan sedaya upaya cuba memperbaiki diri ini untuk masa hadapan.. apa yang kita buat hari ini akan menentukan kita dimasa hadapan... sepanjang cuti kaamatan ni aku pegi kampung benoni malam jumaat dan balik hari sabtu. dengar cerita kemalangan maut di papar melibatkan orang kampung. semoga menjadi iktibar kepada kita supaya tidak memandu laju dan mematuhi undang-undang jalanraya. sepanjang minggu ni aku ada tinguk beberapa filem lama tapi bestlaa.. tapi secara kebetulan filem yang aku tinguk nih ada kaitan dengan kekayaan dan kebahagian. rata-rata dalam filem heronya menginginkan kebahagian dan sanggup melepaskan semua kemewahan mereka. waduh! itulaa dinamakan filem. secara

medley

Image
Medley yang aku maksudkan disini adalah sebuah filem indonesia yang mana aku mengetahuinya melalui berita harian yang menyatakan bahawa tidak semestinya jika kita mahu bahagia, inginkan kehidupan orang lain kita semestinya bertukar pasangan. Aku mulanya keliru apa yang diperkatakan tapi dalam masa yang sama perasaan ingin tahu apa kelebihan filem itu sehingga penulis menganggap cerita tersebut sebagai komedi bijak dan bermakna. Arghhh…layan jiwang kejap..bini pasang lagu nubhan, ada untukmu…sayunya laguni..penuh perasaan cinta. Seteguh kasih shah jihan kepada mumtaznya… taj mahal cinta tersergam indah. Cinta yang tiada putusnya. Bayangkan cinta seteguh ini kepada pencipta cinta itu sendiri. Maha karya cinta. Balik sama cerita medley, maka aku surf internet masuk worldiptv tinguk movie online. Setelah melihatnya aku langsung setuju dan faham apa yang dituliskan di berita harian itu. Sepertinya aku sendiri, kita selalu mengharapkan keputusan yang dibuat dimasa lampau akan memberi suatu k

SAA 8060 P

kenapa semasa memandu kita tiada perasaan hormat dengan orang lain. apakah kerana dengan besarnya kereta kita maka kita sudah lebih besar kepala dari orang lain. bagi aku yang gaji ciput nih lebih besar keta maka lebih banyak hutang.. apakah kita tidak perlu ikut peraturan jalanraya kerana kita banyak duit nak bayar saman. ? adakah rasa hormat itu harus tidak ada pada jalanraya.? kita berbudi bahasa tetapi tidak di jalan raya... aku benci pada pemandu yang pentingkan diri sendiri. kalau dia nak cepat sampai, orang lain pun nak cepat sampai...kalau dia nak mati awal kerana speeding jangan langgar kereta orang yang memandu cermat. ini kerana sendiri pentingkan diri habis kena orang yang tidak berdosa mati kena langgar. sakit hati aku pada pemandu macam nih... semoga kita semua menghormati undang-undang jalan raya...bertimbang rasa... dan hormati pemandu yang lain... hormati orang lain..hormati diri sendiri!

Klinik Tidur

Image
Jumaat 16 mei 2008pukul 9.25 malam aku sampai di sleep clinic hospital queen. tercari2 nurse yang buat temujanji dulu. aku ingat dorng sudah balik. tapi aku yang awal sebenarnya... walaupun dorang suruh aku datang pukul 9.00. nasib baik aku tidak balik awal.masuk saja klinik tu ada dua bilik untuk pesakit dan satu bilik kecil untuk staf dan ruang tengah. 2 pesakit boleh tidur dalam satu malam. hampir sama macam hotel tapi belum sama lagi laaa.. kemudian aku disuruh rest dulu..aku tutup tu tv sebab takde yang best... keudian aku rest dan tetido. my wife call me dan tanya sudah ada kena pasang apa2 kaa.. aku cakap belum lagi.. kemudian sambung tdo.tidak tau pukul berapa tu nurse datang mau pasang benda macam ironman hehehe tiadalah.. benda tu diikat di dada..sambung p hidung...dan ada dilekat pada jari telunjuk.susah juga mau tido.. macam aku rasa bekhayal saja masa tuh...terus awal betul aku bangun sebab inda sabar mau pi rumah... mau makan sarapan.muahahah

Diri Sendiri

Image
Di Kg Benoni...selamat hari ibu..adek beli wireless.. banyak perkara aku nak tulis di sini tapi bila nak menulis rasa malas lah pulak. beginilah jika semua manusia ini jenisnya sama, perangai sama, sama kaya, sama miskin, sama pandai, sama bebal dalam erti kata tak lain, semuanya sama belaka tiada perbezaan. maka kalau manusia ini bentuknya kotak..maka dunia ini akan dipenuhi kotak kotak... di mana keunikan seseorang itu.? ceritanya sama saja... baca blog satu nih..cerita semua blog lain seluruh dunia pun sama wah!! buring kan busan kan... so akan ada jenis orang yang simpan nama sendiri dalam blog, dan ada yang sembunyi personaliti dalam blog(tapi kasi hint XD) ada yang simpan identiti lain dari realiti. terpulang. siapa aku nak komen dorang. nak kata hipokrit ka apa ka kit ka pedulik hapa..everyone own there opinion..aku hormati saja pandangan mereka. macam kita tinguk filem atau baca novel yang best... we already know that story is writer imagination with very touching words. why k

Pindah

kelmarin masa minum pagi sama member..tersentak aku bila dia mengatakan perpindahan menyusahkan. memanglah apabila belajar benda baru segalanya susah tapi jika terlalu lama dengan suasana dan tempat kerja.. apa akan jadi.. boring..busan asyik setiap tahun berulang..ulang benda yang sama..buat benda ynang sama... diajar itu user mapping sisvot..sampai aku pindah pun masih di ajar mau bikin sisvot..org yang tak dealing sama user tersebut senang cakap laa...ubah kelakuan dorang lah...itulah..inilah.. tapi saya percaya..jika mereka di tempat saya..mereka akan bercakap sama seperti saya..berfikir sama seperti saya..yang perlu berubah dahulu bukan aku..tapi user.jika user tidak mahu berubah..walau seribu tahun penantian...tatap tedak mau ubah..sebab tu lah ada pepatah melentur buluh biar dari rebung. tapi kalau belum sampai setahun balik2 kena pindah randah..memang something wronglaa bah..menyusahkan. atau tinguk cermin sendrilah.. mana tau yang buat perangai itu adalah diri sendiri. my wife

i am ironman

hahahah... tinguk pukul 9.30 malam 2 mei. memang best tapi tak banyk aksi.. memang lawak! tapi apa yg tak bestnya masa tinguk hari tuh.. belakang kitaorg, itu orang aaa bercerita saja.. wayang tengah main cerita pasal marvel.. iron man komiklaa itulaa..mengganggu aku yang nak tinguk wayang.lepas tu ayang pula siap boley tido tinguk wayang sebab terlampau banyak betul aksi cakap dalam wayang iron man. tapi sungguh tak sangka iron man action hero yang tak tahu malu nak sembunyi identiti. kerana dia ada segalanya...betul jugak! terlampau kaya hingga tida apa2. no friends and family..tiada saudara so nothing to loose bila satu dunia tahu dia iron man... hidupnya lebih bermakna dengan adanya super penjahat..boleh lawan2 tumbuk2. lain dari yang lain...superhero cover muka supaya sembunyi identiti..ironman cover muka to protect his head and do all command to his iron body.. we should be different!! think the opposite.. fikir terlabik!!

Hari pekerja

Kelmarin cuti pekerja... kami nak tinguk iron man tapi punyalaa ramai orang nak pi tinguk huh sampai cancel program mau tinguk wayang. aku sama wife pegilaa restoran makan lepas tuh p rumah mertua aku d lokawi. petangnya p centre point nak beli mssql7 interprise kunun, tapi bila aku tinguk semula cd yg aku beli tuh..macam lain macam saja...install2 lain yang keluar...tidak seperti yang aku nampak d pc opis aku... maklumlaah aku sejak dah mula pandai sikit buat sistem online guna sql sama dreamweaver jadi kesiyokan pula nih...jadik ketagih mau kasik siap huh... hari nh takder buat apa dah..pagi tadi tinguk you got served sambil tido...last2 aku perasan the movie sudah abis daaa..ntahapa hapa yang aku tinguk. my wife pi mengajar.. hantar budak sekolah dia p yayasan sabah lagi dan sejak 2 3 hari lepas..sibuk betul buat soalan peperiksaan budak. kesian jugak aku tinguk..bertungkus lumus membuat kerja di rumah. sya rasa begini juga laa pengorbanan guru masa aku di skolah dulu kan.

Sudah Lama

hmmm.. tak sangka. setelah begitu lama 2008 berlalu dan hampir meninggalkan bulan april, baru sekarang aku menulis dalam blog yang tak seberapa ni. bukannya tak banyak perisiwa yang berlaku...memang banyak! cuma baru sekarang terasa nak menulis semula. Bulan nih aku pasang aircond kat bilik tido.. rasa panas setiap malam menyebabkan aku membelinya dengan ansuran hehehe tapi tak sangka pulak. aircond gen2 pula buat hal, setelah 2 minggu bersauna dlam keta, maka aku n wife bertekad nak bawak bengkel. skali tinguk mau dekat 1000 aku kena bayar..wahh bulan ni memang bukan bulan bertuah. lepas tuh game yang aku main setiap hari pula kena ban... kunun aku beli vis(duit online) guna real money. aparaaa!!! punyalaa aku hardcore nih game main setiap malam,.. senang2 saja pi ban orang...sakit hati aku terus..hilang terus mau support ni granado espada... sedar tak sedar sudah dua bulan aku d HQ... aku bukan lagi d KSIT.. hahaha langsung tak tau buat online programing disuruh buat sistem...aparaaa