Sudah Lama

hmmm.. tak sangka. setelah begitu lama 2008 berlalu dan hampir meninggalkan bulan april, baru sekarang aku menulis dalam blog yang tak seberapa ni. bukannya tak banyak perisiwa yang berlaku...memang banyak! cuma baru sekarang terasa nak menulis semula.

Bulan nih aku pasang aircond kat bilik tido.. rasa panas setiap malam menyebabkan aku membelinya dengan ansuran hehehe tapi tak sangka pulak. aircond gen2 pula buat hal, setelah 2 minggu bersauna dlam keta, maka aku n wife bertekad nak bawak bengkel. skali tinguk mau dekat 1000 aku kena bayar..wahh bulan ni memang bukan bulan bertuah.

lepas tuh game yang aku main setiap hari pula kena ban... kunun aku beli vis(duit online) guna real money. aparaaa!!! punyalaa aku hardcore nih game main setiap malam,.. senang2 saja pi ban orang...sakit hati aku terus..hilang terus mau support ni granado espada...

sedar tak sedar sudah dua bulan aku d HQ... aku bukan lagi d KSIT.. hahaha langsung tak tau buat online programing disuruh buat sistem...aparaaa patut ikut kursus la dulu.. tapi sistem hampir siap. tetapi telah membuka minda aku tentang perkara yang aku boleh baiki dengan sistem design. belajar daripada org yang berpengalaman mengubah dimensi aku sebagai programmer memerlukan lebih banyak pengalaaman. banyak benda aku terlepas pandang. aku menghargainya pengalaman yang aku dapati disini. aku akan cuba mencungkil semua khazanah berharga dalam ofis aku sekarang iaitu bahagian perlaksanaan IT.

imbas kembali... aku mula merindui suasana kerja aku dulu sehinggalah aku fedup sampai dapat special sakit jantung gara2 cara hidup aku dan keja yang bertambah beban. mereka d HQ tidak menyedari beban yang kami alami...tujuan aku mau pindah adalah untuk menyedarkan mereka yang tidak memperdulikan hal kami yang bekerja bertungkus lumus namun dianggap tidak memberi apa2 sumbangan. malas mau tulis laah.. tak pasal2 my darah jadik tinggi dan kena sakit jantung.. malaslah mau citer sekarang.. lain kali lah

Popular posts from this blog

hari keluarga smk kolombong

cuti mengejut