Habis cuti
minggu ni banyak idea..
cuma malas menulis.
cuti ku habiskan menemani isteri dan sepupunya belajar di perpustakaan.
tidak ku sangka membahagi nombor amat menyusahkan.
susah aku menerangkan mengajar budak membahagi.
sekiranya dia masih ada masalah dalam bahagi.. maka habislaa matematiknya masa upsr tahun depan nih.. hancur!
ku habiskan cuti masa kenduri di kampung.
aku mengambil risiko kerana sudah tidak larat untuk bekerja besok paginya.
terbangun malam ada pulak yang pigi mandi... rupanya baju dan seluar sudah basah..habislah sofa di kampung. di jaga di kawal supaya tiada siapa yang perasan. tetapi malangnya kerana aku sudah tahu dari awal. angkara siapa tengah malam. berusaha menutup salahnya terkencing malam.
adek ku pula anti kerajaan. di matanya di persepsinya kerajaan negatif semuanya. kerana dia menolak tuahnya. kebanyakan saudaranya, sepupunya dan keluarganya yang lain adalah kakitangan kerajaan. dia tidak pernah merasa kerja di kerajaan. berdepan dengan karenah boss dan peraturan. hingga di mata awam.. orang kerajaan cuma curi tulang. melabelkan kami keseluruhannya sebegitu mengecewakanku. kerana kerjaku ibadahku. hanya segelintir tapi kami semua dilabel sebegitu hina dimatanya. tapi tidak kusalahkannya.. kerana ia tidak merasa bagaimana rasanya bekerja untuk mencari rezeki dan meneruskan kehidupan. kerana dia masih mencari kerja... mencari salah orang lain melindungi kesalahan dirinya yang tidak dinampaknya. kerana dia masih dalam pencarian. masih mentah dalam hidup walaupun umur sudah meningkat. kerana dinampaknya hanya yang kurang baik sahaja. sepatutnya melihat dengan kedua belah mata... setiap yang baik dan ada yang buruk..melihat dari semua sudut. hanya tahu bercakap tapi tidak terbuat. bagiku kau adalah si lemah yang sudah kalah di awal peperangan. berhenti sebelum berjuang hingga ketitisan stress yang terakhir. kalah kepada tekanan dan akhirnya hanya tahu mengkritik tanpa tahu apa yang berlaku terhadap perkara yang dikritik..
pizza online jangan bayar guna maybank2u. aku transaksi 3 kali tapi tidak dapat kerana ada error lalu memutuskan untuk membayar cash tanpa mengetahui wang telah dibayar kepada pizza hut online sebanyak 3 kali. dan proses untuk mendapatkan maklumbalas dan pengembalian wang amat susah sekali.. jadi aku tidak akan mengguna maybank2u untuk pizza online... janganlah diadakan servis online payment jika tiada yang mengendalikan bila terdapat masalah.
huh... bila emosi kita marah...kita cenderung untuk menulis lebih-lebih padahal aku memang rasa malas tadi.
menulis sambil tidur...zzz ZZZZ ZZZZZZ