minggu lalu

ingin aku berkongsi pengalaman semasa di jakarta...

buat masa ini, minggu lepas rasa ingin menulis langsung saja hilang atas apa yang berlaku semasa di jakarta. aku terpaksa menyesuaikan diri serta memujuk hati untuk melihat apa yang telah berlaku ada hikmah disebaliknya.

aku mengetahui betapa penting adanya hitam putih jika melibatkan pengurusan wang. betapa pentingnya pengurusan yang cekap dan tidak akan mempengaruhi kelancaran sebuah program yang dilancarkan. aku tidak bercakap mengenai boss yang berada di kerajaan. mereka mempunyai pekerja yang dibayar gaji(SYMP) dan peruntukan yang mencukupi untuk menjalankan sesebuah majlis. tiada kekangan kewangan di sini. sesuatu program yang terhad kewangan barulah merupakan cabaran untuk ketua projek. dan dengan langkah kerajaan sekarang mengurangkan kos perbelanjaan makanya sebuah majlis perlu diisi pengertiannya dengan kos yang minimum.kredit sepatutnya diberikan kepada anak buah..bukan sekadar ketua saja yang gah namanya.

aduss.. kenapa aku tulis benda lain nih..issshhh pedulilah.. inilah kebebasan dan aku bebas menulis apa yang aku suka. dan aku akan menulis lagi.. esuk mungkin..lusa kaa..atau minggu depan. hehe

bebas tapi terkawal.

Popular posts from this blog

hari keluarga smk kolombong

cuti mengejut