SAA 8060 P

kenapa semasa memandu kita tiada perasaan hormat dengan orang lain.

apakah kerana dengan besarnya kereta kita maka kita sudah lebih besar kepala dari orang lain. bagi aku yang gaji ciput nih lebih besar keta maka lebih banyak hutang..

apakah kita tidak perlu ikut peraturan jalanraya kerana kita banyak duit nak bayar saman. ?

adakah rasa hormat itu harus tidak ada pada jalanraya.?

kita berbudi bahasa tetapi tidak di jalan raya...

aku benci pada pemandu yang pentingkan diri sendiri. kalau dia nak cepat sampai, orang lain pun nak cepat sampai...kalau dia nak mati awal kerana speeding jangan langgar kereta orang yang memandu cermat. ini kerana sendiri pentingkan diri habis kena orang yang tidak berdosa mati kena langgar.

sakit hati aku pada pemandu macam nih...

semoga kita semua menghormati undang-undang jalan raya...bertimbang rasa... dan hormati pemandu yang lain...

hormati orang lain..hormati diri sendiri!

Popular posts from this blog

hari keluarga smk kolombong

cuti mengejut