medley
Medley yang aku maksudkan disini adalah sebuah filem indonesia yang mana aku mengetahuinya melalui berita harian yang menyatakan bahawa tidak semestinya jika kita mahu bahagia, inginkan kehidupan orang lain kita semestinya bertukar pasangan. Aku mulanya keliru apa yang diperkatakan tapi dalam masa yang sama perasaan ingin tahu apa kelebihan filem itu sehingga penulis menganggap cerita tersebut sebagai komedi bijak dan bermakna.
Arghhh…layan jiwang kejap..bini pasang lagu nubhan, ada untukmu…sayunya laguni..penuh perasaan cinta. Seteguh kasih shah jihan kepada mumtaznya… taj mahal cinta tersergam indah. Cinta yang tiada putusnya. Bayangkan cinta seteguh ini kepada pencipta cinta itu sendiri. Maha karya cinta.
Balik sama cerita medley, maka aku surf internet masuk worldiptv tinguk movie online. Setelah melihatnya aku langsung setuju dan faham apa yang dituliskan di berita harian itu. Sepertinya aku sendiri, kita selalu mengharapkan keputusan yang dibuat dimasa lampau akan memberi suatu kehidupan yang berbeza sekarang. Jika aku dulu begitu..maka tentu aku akan lebih baik sekarang. Kebanyakan kawan yang kita kenal ada yang sudah jadi boss besar, tauke, ada kereta besar apalagi isteri atau teman wanita setanding model. Selalu merungut dengan kehidupan sekarang sehingga tidak menghargai apa yang kita ada sekarang.
Aku juga pernah tertanya apa yang aku akan lakukan sekarang jika aku meneruskan pengajian di utm skudai dan menghabiskan degree dan bukannya diploma. Ada beberapa faktor kenapa aku ambil diploma antaranya bapa aku akan terpaksa menyara 3 orang anaknya yang sedang belajar di universiti tempatan. Di tambah lagi dengan hati aku yang sudah tidak di UTM lagi kerana masalah jiwa dan perasaan. So aku ambil diploma. Bukannya pasal aku tidak layak ambil degree.. cpa aku walau tak sampai 3.00 pointer tapi kalau aku ambil degree cpa jadi 0.00 balik so aku boleh score untuk degree.. bukannya apa… subjek math bikin drop aku.. akunih jenis pemalas mau buat latihan.. tapi masa final diploma aku berjaya dapat B+ untuk subjek math…setelah merajinkan diri untuk buat latihan hahaha
Sambung besuk…