Posts

hari keluarga smk kolombong

Image
hmmm pagi tadi di paksa pigi beach tg aru. memula beach 2 tapi ada shell lalulintas.. indapasal pasal jem. rupanya pindah p beach 1... pigi saja sana time makan2... acara tadi pagi sudah jalan...pukul 8..kami sampai 9.30... sampai tghari beli jagung sama air kelapa.. ais banyak.. air kelapa jadik sikit... pigi lokawi rumah mertua... gosip pasal orang kaya...tapi kasi miskin adek beradik... kaya bila kaya...lupa sedara... mampu beli ninja..merungut minyak mahal...budus..dah tahu keta besar, mmg lah minyak pun besar....kata mampu.. tapi pecat sedara bila minta claim minyak.. apa punya company kontraktor dia nih... bila jumpa kiter, citer dia kaya melampau tapi bila minta duit kenduri arwah.. berkira bukan main...bagi cuma ngam ngam...

Training the trainer

Image
Menara MAA pejabat MPC aku dan lima org dari teman sekerja ikut kursus trainers. memula tu memng nervous sebab kena present kat depan walaupun cuma 7 peserta tapi rasa gemuruh tetap ada. sampai sekarang... yang bagusnya kursus nih dia terangkan macammana buat persiapan untuk training orang, objektif, checklist atract peserta, cara cara penyediaan dan metodologi dalam presentation. bagus juga untuk demo sistem aku nanti... kami punya lecturer dari luar.. orang serawak..friendly and funny.. mr campbell apau... he show to us how to be a good trainer. banyak yang saya belajar dari beliau walaupun cuma 2 hari. rasa bersyukur kerana berpeluang mengikuti kursus nih..lain kali kalau ada peluang mau ikut lagi. tak salah kalau nak memperkembangkan diri sendiri. mencari menjadi yang terbaik...

Julai 16

genap sebulan tiada post dalam blog... besok aku da kursus train the trainers...bulan lepas banyak yang berlaku, aku jumpa klinik diabetis, ENT dan klinik mata gara2 diabetic. arggghhh aku ada ikut seminar optical security daripada multibase company di dewan persekutuan. apalagi aaahh...tidak ingat sudah... biarlah! sekarang aku mau baca novel balik. novel melayu...tak kisahlaa orang nak cakap apapun tapi membaca bagi aku sekarang dapat melegakan mata dan fikiran aku daripada bedepan dngan pc dan sistem masa kerja. rasa mata nih macam terketar2 tinguk screen komputer... bagi aku novel melayu msih mahal..kan bagus kalau dorang buat novel guna kertas recyle mcm omputih...kemudian juallah murah(kalau jual mahal tak mau belilah heheh) mest banyak yang mau beli novel.. aku tergerak mau baca novel melayu kerana ombak rindu.. buku ombak rindu karya fauziah ashari memang best.. bini aku yang mulanya nak baca... aku pun tumpang sekaki sebab tinguk kekhyusukan bini aku baca sampai pagi. seolah t...

minggu lalu

ingin aku berkongsi pengalaman semasa di jakarta... buat masa ini, minggu lepas rasa ingin menulis langsung saja hilang atas apa yang berlaku semasa di jakarta. aku terpaksa menyesuaikan diri serta memujuk hati untuk melihat apa yang telah berlaku ada hikmah disebaliknya. aku mengetahui betapa penting adanya hitam putih jika melibatkan pengurusan wang. betapa pentingnya pengurusan yang cekap dan tidak akan mempengaruhi kelancaran sebuah program yang dilancarkan. aku tidak bercakap mengenai boss yang berada di kerajaan. mereka mempunyai pekerja yang dibayar gaji(SYMP) dan peruntukan yang mencukupi untuk menjalankan sesebuah majlis. tiada kekangan kewangan di sini. sesuatu program yang terhad kewangan barulah merupakan cabaran untuk ketua projek. dan dengan langkah kerajaan sekarang mengurangkan kos perbelanjaan makanya sebuah majlis perlu diisi pengertiannya dengan kos yang minimum.kredit sepatutnya diberikan kepada anak buah..bukan sekadar ketua saja yang gah namanya. aduss.. kenapa ak...

Duit Lawan Rasa

hmmm.. jangan harap aku nak sambung citer yang medley tu... kalau aku sambung juga akan ada pelbagai 1000 kemungkinan yang akan terjadi tetapi apa yang telah berlalu tidak mungkin akan berulang. yang aku ada hanya hari ini. saat dan ketika ini.. yang dah lepas jadi sejarah. dan masa hadapan ketentuan tuhan ... aku dengan sedaya upaya cuba memperbaiki diri ini untuk masa hadapan.. apa yang kita buat hari ini akan menentukan kita dimasa hadapan... sepanjang cuti kaamatan ni aku pegi kampung benoni malam jumaat dan balik hari sabtu. dengar cerita kemalangan maut di papar melibatkan orang kampung. semoga menjadi iktibar kepada kita supaya tidak memandu laju dan mematuhi undang-undang jalanraya. sepanjang minggu ni aku ada tinguk beberapa filem lama tapi bestlaa.. tapi secara kebetulan filem yang aku tinguk nih ada kaitan dengan kekayaan dan kebahagian. rata-rata dalam filem heronya menginginkan kebahagian dan sanggup melepaskan semua kemewahan mereka. waduh! itulaa dinamakan filem. secara ...

medley

Image
Medley yang aku maksudkan disini adalah sebuah filem indonesia yang mana aku mengetahuinya melalui berita harian yang menyatakan bahawa tidak semestinya jika kita mahu bahagia, inginkan kehidupan orang lain kita semestinya bertukar pasangan. Aku mulanya keliru apa yang diperkatakan tapi dalam masa yang sama perasaan ingin tahu apa kelebihan filem itu sehingga penulis menganggap cerita tersebut sebagai komedi bijak dan bermakna. Arghhh…layan jiwang kejap..bini pasang lagu nubhan, ada untukmu…sayunya laguni..penuh perasaan cinta. Seteguh kasih shah jihan kepada mumtaznya… taj mahal cinta tersergam indah. Cinta yang tiada putusnya. Bayangkan cinta seteguh ini kepada pencipta cinta itu sendiri. Maha karya cinta. Balik sama cerita medley, maka aku surf internet masuk worldiptv tinguk movie online. Setelah melihatnya aku langsung setuju dan faham apa yang dituliskan di berita harian itu. Sepertinya aku sendiri, kita selalu mengharapkan keputusan yang dibuat dimasa lampau akan memberi suatu k...

SAA 8060 P

kenapa semasa memandu kita tiada perasaan hormat dengan orang lain. apakah kerana dengan besarnya kereta kita maka kita sudah lebih besar kepala dari orang lain. bagi aku yang gaji ciput nih lebih besar keta maka lebih banyak hutang.. apakah kita tidak perlu ikut peraturan jalanraya kerana kita banyak duit nak bayar saman. ? adakah rasa hormat itu harus tidak ada pada jalanraya.? kita berbudi bahasa tetapi tidak di jalan raya... aku benci pada pemandu yang pentingkan diri sendiri. kalau dia nak cepat sampai, orang lain pun nak cepat sampai...kalau dia nak mati awal kerana speeding jangan langgar kereta orang yang memandu cermat. ini kerana sendiri pentingkan diri habis kena orang yang tidak berdosa mati kena langgar. sakit hati aku pada pemandu macam nih... semoga kita semua menghormati undang-undang jalan raya...bertimbang rasa... dan hormati pemandu yang lain... hormati orang lain..hormati diri sendiri!